Karnival eKelas 2019

25 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Karnival eKelas 2019 adalah antara pertama yang diadakan di Malaysia. Antara aktiviti yang diadakan adalah Klinik Exam SPM untuk Bahasa Inggeris dan Matematik, Virtual Reality dan Pendaftaran eKelas untuk pelajar baru. Seramai lebih kurang 250 pelajar hadir terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 4 dari SMK Suai dan SMK Taman Tunku. Selain itu, pendaftaran untuk pelajar baru eKelas juga digalakkan kepada pengunjung yang datang.

Kerjasama antara Maxis dan Berita Harian ini turut menganjurkan Klinik Peperiksaan untuk subjek Bahasa Inggeris dan Matematik khas untuk Tingkatan 5. Karnival bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang dan ramai pelajar baru telah mendaftar untuk portal eKelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali